memancang | 1. memacak pancang, memasang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memancang gelanggang | a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arena | (aréna) 1. gelanggang (permainan dsb): ~ badminton; 2. lapangan, gelanggang: ~ politik tanah air; memajukan lagi ~ sukan negara; 3. gelanggang (pertempuran dsb), medan: kawasan itu menjadi ~ pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yg bermusuhan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelanggang | 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelanggang perang | medan perang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelanggang | 1. lapangan tempat mengadakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2. medan peperangan. 3. lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. | Kamus Pelajar |
kandang | 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bong II | Kl gelanggang (ayam, lembu, dll); ketua ~ pengadil di gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah I | 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalangan | 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |