geleng | (géléng) gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala); ~ spt si patung kenyang prb berjalan dgn sombongnya, sombong;bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dll): apabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh; tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya: dia memastikan kepalanya yg ~ itu tidak menerima apa yg dikatakan oleh Pak Ciknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geleng | /géléng/, = gelengan gerakan kepala ke kiri dan ke kanan sbg tanda tidak mahu dll. bergeleng bergoyang ke kiri dan ke kanan (bkn kepala). menggeleng menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu, tidak bersetuju dsb: Kami ~ kehairanan. menggelengkan; ~ kepala menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan kerana tidak mahu, kehairanan dll: Apabila disuruh minum, ia ~ kepalanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geleng | /géléng/,= gelengan gerakan kepala ke kiri dan ke kanan sbg tanda tidak mahu dll. bergeleng bergoyang ke kiri dan ke kanan (bkn kepala). menggeleng menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu, tidak bersetuju dsb: Kami ~ kehairanan. menggelengkan; ~ kepala menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan kerana tidak mahu, kehairanan dll: Apabila disuruh minum, ia ~ kepalanya. | Kamus Pelajar |
bergeleng-geleng | bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesat | 1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angguk | 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek I | (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesat | 1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesaikan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |