geletar | ; menggeletar bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil: Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, ~ badannya kerana takut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geletar | ; menggeletar gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll): takutlah ia, ~ segala sendi anggotanya;menggeletarkan menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geletar | menggeletar bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar: mengigil: Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, ~ badannya kerana takut. | Kamus Pelajar |
keletar | geletar, gementar, ketar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenek | gementar, menggeletar (suara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sember | (sembér) pecah (bunyi, suara), meng-geletar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renek II | (rénék); merenek gementar, menggeletar (suara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelentar | gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dll); ®geletar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelentar | ; menggelentar gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dll); ®geletar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentar | 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh; bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan; menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung; gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom; kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan; penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll); penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |