geliat | ; menggeliat 1 menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~, kemudian terus ke bilik mandi. 2 memulas atau memiuh benda yg kaku dll. tergeliat tersalah urat dan berasa sakit (biasanya bengkak atau menjadi merah); terseliuh: Kakinya ~ kerana terjatuh ketika bermain bola. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geliat-geliut | geliang-geliut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geliat | ; ~-geliut geliang-geliut; menggeliat 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun drpd tidur dll): baru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2. memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll); menggeliatkan menyebabkan (diri seseorang) menggeliat: Pak Tua ~ diri utk bebas drpd ikatan;tergeliat terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geliat | menggeliat 1. menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~ kemudian terus ke bilik mandi. 2. memulas atau memiuh benda yg kaku dll. tergeliat tersalah urat dan berasa sakit (biasanya bengkak atau menjadi merah); terseliuh: Kakinya ~ kerana terjatuh ketika bermain bola. | Kamus Pelajar |
geliang-geliat | gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geliang | ; ~-geliat = ~-geliut gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya; menggeliang bergerak geliang-geliut: ~ bagai ular dipukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeliat | menggeliat; ®geliat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geliut | ®geliang, geliat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliat | ; mengeliat menggeliat; ®geliat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beruk | sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |