geliung | sj kapal layar yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geliung | sj kapal layar yg besar di Eropah yg digunakan sbg kapal perang atau kapal dagang dr kurun ke-15 hingga ke-18. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geliung | sj kapal layar yg besar. | Kamus Pelajar |
menyumpah | 1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menyeranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layar | 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengumbang | ark 1. timbul ter-apung-apung di permukaan air, mengapung (di laut dll): sebuah perahu yg ~ di tengah laut; 2. belayar ke kapal dll): seketika geliung pun ~ ke tengah lautan serta diiringkan oleh penjajap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengundak-undak | menyebabkan tidak dapat bergerak maju (kapal, perahu, dll), terkatung-katung (kerana angin sakal, gelombang besar, dll): pintalah turun angin dua muka, dr darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengundak | , mengundak-undak menyebabkan tidak dapat bergerak maju (kapal, perahu, dll), terkatung-katung (kerana angin sakal, gelombang besar, dll): pintalah turun angin dua muka, dr darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbang I | ; mengumbang ark 1. timbul ter-apung-apung di permukaan air, mengapung (di laut dll): sebuah perahu yg ~ di tengah laut; 2. belayar ke kapal dll): seketika geliung pun ~ ke tengah lautan serta diiringkan oleh penjajap; terumbang-umbang terapung atau terkatung-katung (spt dipermain gelombang), terayun-ayun ke kiri ke kanan, turun naik di per-mukaan air (bkn perahu dll): ibarat perahu yg ~ dibuai ombak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undak I | ; mengundak, mengundak-undak menyebabkan tidak dapat bergerak maju (kapal, perahu, dll), terkatung-katung (kerana angin sakal, gelombang besar, dll): pintalah turun angin dua muka, dr darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut; pengundak penghalang atau penahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |