gilang-gemilang (cemerlang) | a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~-gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gilang | ; ~-gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~-gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemilang | 1 bercahaya terang benderang. 2 ki baik atau berjaya sekali; cemerlang: Tentera Islam telah mendapat kemenangan yg ~. kegemilangan 1 keadaan bercahaya terang benderang. 2 ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gemilang | bercahaya terang-benderang, cemerlang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya; kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemilang | 1. bercahaya terang-benderang. 2. ki baik atau berjaya sekali; cemerlang: Tentera Islam telah mendapat kemenangan yg ~. kegemilangan 1. keadaan bercahaya terang-benderang. 2. ki kejayaan yg baik sekali; kecemerlangan: Kisah ~ kerajaan Melayu Melaka masih disebut-sebut hingga sekarang. | Kamus Pelajar |
bersemarak | 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semarak I | 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan bersemarak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zaman gemilang | masa yg makmur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Jalur Gemilang | nama bagi bendera negara Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gilang-gemilang | 1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |