gemulai | berayun dgn lemah lembut; berliuk-liuk dgn eloknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gemulai | lemah lembut (bkn gerak anggota badan dsb): dua jenis tarian yg lemah ~ menjadi persembahan hiburan yg paling menawan hati pd malam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemulai | berayun dgn lemah-lembut; berliuk-liuk dgn eloknya. | Kamus Pelajar |
lemah gemulai | gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah gemulai | lemah lembut (bkn gerak anggota badan dsb): dua jenis tarian yg lemah ~ menjadi persembahan hiburan yg paling menawan hati pd malam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah longlai | lemah gemulai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longlai | 1. lemah lembut (gerakan tubuh dll) terliuk-liuk, gemalai: tangannya melambai ~; 2. tidak bermaya, lemah; lemah ~ lemah gemulai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |