geng | /géng/ kumpulan orang yg melakukan sesuatu bersama-sama biasanya utk pekerjaan jahat: ~ pencuri itu telah dpt dihancurkan oleh polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geng | (géng) kumpulan pekerja, penjenayah, dll, gerombolan: rupanya ia sudah masuk ~ perompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geng | /géng/ kumpulan orang yg melakukan sesuatu bersama-sama biasanya utk pekerjaan jahat: ~ pencuri itu telah dpt dihancurkan oleh polis. | Kamus Pelajar |
lucut I | ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkaman | 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonggengkan | 1. menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunamkan; 3. ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melucut | terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkam I | 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; mencengkamkan menekankan (kuku, cakar, dll) utk mencengkam; pencengkam (Kej) sj alat utk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandit | perompak, terutamanya anggota geng bersenjata;membandit menjadi bandit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertonggeng | (jatuh, terlepas, dll) menonggeng (gelas, periuk, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |