Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerai I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerai1 bangku atau meja tempat meletakkan barang-barang jualan. 2 kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, barang-barang permainan dll. 3 tempat semacam bangku utk duduk-duduk atau utk berbaring. 4 tempat duduk pengantin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerai I1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerai1. bangku atau meja tempat meletakkan barang-barang jualan. 2. kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, barang-barang permainan dll. 3. tempat semacam bangku utk duduk-duduk atau utk berbaring. 4. tempat duduk pengantin.Kamus Pelajar
bazar1 bahagian kota tempat membeli-belah; pasar. 2 deretan atau kelompok gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang dagangan yg agak murah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawaran1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;Kamus Dewan Edisi Keempat
bazar1. bahagian kota tempat membeli-belah; pasar. 2. deretan atau kelompok gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang dagangan yg agak murah.Kamus Pelajar
kedaibangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
medan(médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
pajak1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat men­jual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang­-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn mem­bayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. meng­gadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; memajaki membayar pajak utk; memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina; pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg mem­bolehkan orang lain menggunakan atau men­duduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron; pemajak orang yg memajak.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasar Ibangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (la­pangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd pe­niaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam­-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas