gerak balas | (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerak balas | apa-apa yg berlaku sbg sambutan kpd sesuatu perbuatan atau keadaan; perubahan yg berlaku oleh sebab sesuatu yg lain. | Kamus Pelajar |
aerotropisme | (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke kawasan yg beroksigen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anemotropisme | /anémotropisme/ ist gerak balas tumbuh-tumbuhan terhadap arah angin dan persekitaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemotaksis | (kémotaksis) (Bio) gerak balas organisma terhadap rangsangan bahan kimia tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geotropisme | (géotropisme) (Bio) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geotaksis | (géotaksis) (Bio) gerak balas keseluruhan organisma terhadap graviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geonasti | (géonasti) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap graviti, mis pembengkokan akar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anemotropisme | (anémotropisme) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap arah angin dan persekitaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imunogen | (Ubat) bahan yg mencetuskan gerak balas imun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |