Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : sj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : nama sj burung yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geroda

Puisi
 

Mengkudu masak sepanggal,
     Dimakan burung geroda;
Dayang duduk sepanggal,
     Ekor matanya ke mari juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerodanama sj burung yg besar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerodasj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu).Kamus Dewan Edisi Keempat
gerodanama sj burung yg besar.Kamus Pelajar
negeri1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas