gertak sambal | ugutan utk menakut-nakutkan saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambal | sj lauk yg dibuat drpd lada serta garam dll: ~ belacan; ~ tumis; gertak ~ kata-kata yg hanya menakut-nakutkankan sahaja; ulam men-cari ~ prb perempuan yg mencari laki-laki; sambal-sambalan, sambalan berjenis-jenis sambal; menyambal membuat sambal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertak I | tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |