gerun | (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggeruni berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. penggerun sesuatu yg menimbulkan rasa gerun: jampi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerun | takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerun | (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. | Kamus Pelajar |
kecut | 1 lebih kecil keadaannya (kerana dijemur, terlalu tua dll); lisut (kerana terkeluar isinya): Bunga itu ~. Bisulnya sudah ~. 2 tidak licin; berkerut; berkedut (bkn kulit tubuh dll). 3 = ~ hati berasa takut (gentar, gerun). ~ perut (dlm keadaan) sangat takut; gerun: Dia ~ perut apabila dipanggil oleh Guru Besar. mengecut menjadi semakin kecil; menjadi lisut: Kain itu ~ apabila dibasuh. mengecutkan 1 menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2 menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan. pengecutan perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan: ~ otot-otot. pengecut orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggeruni | berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggerunkan | menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
miruk | Kl berasa gerun atau takut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggerunkan | menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggerunkan | menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. | Kamus Pelajar |
takut akan (pd) | gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya | Kamus Dewan Edisi Keempat |