gerundang | anak katak (spt ikan), berudu; ~ tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang lain; gedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gedang I | Mn besar; rumah ~ rumah keluarga; ~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan prb orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing; ~ kayu, ~ dahannya prb kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya; ~ sbg dilambuk-lambuk, tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana kelebihan yg tidak ada; menggedangkan membesarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badar I | sj ikan kecil (spt ikan bilis); beroleh ~ tertimbakan prb mendapat keuntungan yg tidak disangka-sangka; melonjak ~, melonjak gerundang prb meniru-niru orang yg besar (kaya, mulia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |