gerutu | benda atau sesuatu yg timbul (-timbul) atau tersembul pd permukaan yg rata. bergerutu ada atau terdapat gerutu. menggerutu 1 tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2 banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerutu | benda atau sesuatu yg timbul(-timbul) atau tersembul pd permukaan yg rata. bergerutu ada atau terdapat gerutu. menggerutu 1. tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2. banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel. | Kamus Pelajar |
gerutu II | sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji Salihin; menggerutu bersungut-sungut, mencomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerutu I | kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; ®kerutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerutu III | sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, meranti gerutu, seraya putih berat (di Sabah), Parashorea spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
omel | (omél); mengomel marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter, mencomel, menggerutu: jika aku mandi lebih drpd lima gayung, induk semangku akan ~ panjang; mengomeli memarahi, memberangi, menggusari; mengomeli memarahi, memberangi, menggusari; mengomelkan mengomel tentang: sekali-sekala terdengar isterinya ~ hawa panas; omelan gerutu, comelan, leteran, sungutan; pengomel orang yg suka mengomel, peleter | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerutu | gerutu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
omelan | gerutu, comelan, leteran, sungutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerutu | gerutu. | Kamus Pelajar |
rungut | leter, gerutu, omel, sungut: “Keras sangat,” demikian ~ nenek; merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi; merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi; merungutkan merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungu rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;tkan keburukan rumah yg disewa; apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau; perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |