gesa | ; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesa-gesa | bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabas II | Mn gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;menggabas menggesa-gesakan;tergabas terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segera | tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gasang II | Mn tergesa-gesa; ®gesa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlekas-lekas | sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkejar-kejar | terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesa | ; bergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1 menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat: Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2 menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gesa | bergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1. menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat:Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2. menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu. | Kamus Pelajar |
lekas | tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |