Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sengih; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerigigigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigis. bergerigi bergigi-gigi tajam pd bahagian tepinya; bergerigis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerigigigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigis. bergerigi bergigi-gigi tajam pd bahagian tepinya; bergerigis.Kamus Pelajar
gerigis1. gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigi; 2. takik pd permukaan logam dll; bergerigis bergigi-gigi, bergerigi; menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan); menggerigiskan menjadikan bergerigis.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerigis1 gigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigi: Cara membuang ~ pd besi pemotong itu adalah dgn menggesekkannya pd batu asah. 2 takik pd permukaan logam dll: Penggelek itu digunakan utk membuat ~ pd logam. bergerigis bergigi-gigi atau bergerigi (tidak licin). menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan). menggerigiskan menjadikan (sesuatu) bergerigis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyengihkan gigimembuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyengihkan= ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
gerigis1. gigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigi:Cara membuang ~ pd besi pemotong itu ialah dgn menggesekkannya pd batu asah. 2. takik pd permukaan logam dll: Penggelek itu digunakan utk membuat ~ pd logam. bergerigis bergigi-gigi atau bergerigi (tidak licin). menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan). menggerigiskan menjadikan (sesuatu) bergerigis.Kamus Pelajar
geraham, = gigi ~ gigi besar di bahagian belakang mulut utk mengunyah. ~ bongsu geraham yg tumbuh kemudian sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengerkah; gigi ~ gigi utk mengerkah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas