gigi II | ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbi II | = gigi ~ a) gigi yg ditampal; b) gigi tambahan atau buatan (biasanya diselit di celah-celah gigi yg jarang): empat pasang ~ emas terserlah di antara dua bibirnya; bersumbi memakai atau mempunyai sumbi: dia ~ emas; menyumbi 1. membaiki bahagian tepi sesuatu yg rosak; 2. menampal gigi (periuk dll) yg berlubang; 3. mengganti papan perahu dgn papan baru dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerang II | sl arang tempurung yg dilumatkan utk menghitamkan gigi; menggerang menjadikan gigi hitam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarang II | ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ogah II | ;mengogah menggoyang-goyangkan (gigi, pancang, pokok, dll) supaya mudah tercabut, mengoyak-ngoyak (menggoncang-goncang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getang II | sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat sakit gigi), Spilanthes acmella. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkil II | berasa tidak enak bagi pendengaran (spt mendengar batang buluh bersanggit, besi dikikir, dll), berasa tidak enak kerana terlalu masam (hingga mengilukan gigi), ngilu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi II | ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karang II | sunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, permata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goyah | 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |