gigil | ; menggigil bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakuan dll; menggeletar: Malam itu dia ~ kesejukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigil | menggigil bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan dll; menggeletar: Malam itu dia ~ kesejukan. | Kamus Pelajar |
demam dingin (gigil, ketar, sejuk) | demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigil | ; menggigil 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil; menggigilkan menjadikan menggigil, menggentarkan: angin yg bertiup ~ badannya;tergigil tergeletar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam sejuk (dingin, gigil, ketar) | demam malaria ketika sejuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gemeletek (gemeléték) | gementar keras, menggigil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retek I | (réték) Mn; meretek gementar, menggigil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konvulsi | (Ubat) keadaan anggota badan yg menggigil-gigil dan terkejang-kejang secara tiba-tiba disebabkan oleh pengecutan otot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toksoplasmosis | (Ubat) sj penyakit yg disebabkan oleh jangkitan parasit Toxoplasma gondii yg boleh mengakibatkan seseorang itu meng-alami jaundis, dan pembesaran hati dan limpa dan badannya menggigil-gigil dan terkejang-kejang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggigil | 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |