mengejut-ngejut | 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goncang | ; bergoncang 1 bergerak-gerak dgn kencang; bergoyang turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat: Apabila angin bertiup kencang, rumah kecil itu ~. 2 ki menjadi tidak tetap hati atau fikiran; berubah-ubah fikiran dll: Imannya hampir ~ oleh hasutan iblis. menggoncangkan 1 menjadikan sesuatu bergerak-gerak dgn kencang; menjadikan bergoyang; menggoyangkan: ~ loceng. 2 ki menyebabkan menjadi tidak tetap atau tidak aman: Pemberontakan itu ~ keamanan negara. goncangan gerakan (sesuatu) yg kencang; goyangan turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat: Haiwan spt kera dan babi hutan dpt dihalau dgn paluan gendang atau dgn ~ tin-tin kosong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
goncang | 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~ ketika mendengar berita bkn kematian kawannya; menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan; tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk menggoncang sesuatu: ~ koktel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goncang | bergoncang 1. bergerak-gerak dgn kencang; bergoyang turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat:Apabila angin bertiup kencang, rumah kecil itu ~. 2. ki menjadi tidak tetap hati atau fikirannya; berubah-ubah fikirannya dll: Imannya hampir ~ oleh hasutan iblis. menggoncangkan 1. menjadikan sesuatu bergerak-gerak dgn kencang; menjadikan bergoyang; menggoyangkan: ~ loceng. 2. ki menyebabkan menjadi tidak tetap atau tidak aman: Pemberontakan itu ~ keamanan negara. goncangan gerakan (sesuatu) yg kencang; goyangan turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat: Haiwan spt kera dan babi hutan dpt dihalau dgn paluan gendang atau dgn ~ tin-tin kosong. | Kamus Pelajar |
hinggut | goyang, goncang; tak usah ~, tak tercabut prb sesuatu yg sukar dikerjakan; menghinggut menggoyang atau menggoncang (pokok dll); terhinggut-hinggut bergoyang-goyang, (bergerak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegar | gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengoleng | mengayunkan (menggoyang, menggoncang), menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marakas | sj alat muzik Amerika Selatan (yg digoncang-goncang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhinggut-hinggut | bergoyang-goyang, (bergerak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |