Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gu I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gu1 kayu yg dipasang di atas tengkuk lembu penarik kereta atau pedati. 2 kawan atau teman utk menggenapi bilangan pemain; regu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjungkalkan1. meng­gu­ling­kan; 2. ki mengalahkan, menjatuhkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jungkalJk; menjungkalkan 1. meng­gu­ling­kan; 2. ki mengalahkan, menjatuhkan; terjungkal terguling, terjatuh; ~ balik ter­guling-guling.Kamus Dewan Edisi Keempat
gu I1. balak yg diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu; 2. pasang: kasut se~; 3. regu, kumpulan, rombongan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gu1. kayu yg dipasang di atas tengkuk lembu penarik kereta atau pedati. 2. kawan atau teman utk menggenapi bilangan pemain; regu.Kamus Pelajar
tekanan1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg menggang­gu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan);Kamus Dewan Edisi Keempat
regu1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu dibahagi atas be­berapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg terkecil (12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu pasukan pemain dlm olahraga: empat pe­main, iaitu satu ~ dan seorang pemain sim­panan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id go­longan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll); beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding): pertandingan per­seorangan dan ~ lelaki; meregukan membahagi-bahagikan atas be­berapa regu; ® gu I.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjara1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, te­rongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksi­mumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengam­punan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membeleng­gu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memen­jarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara.Kamus Dewan Edisi Keempat
asam I1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggu; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tung­gu dlm keadaan me­nunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal me­nunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas