gulat | gusti. bergulat bergusti; bergomol. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gulat | ; bergulat 1. ark bergolek; 2. bergomol, bergelut; 3. ki berjuang: utk mencapai cita-citanya dia rela ~ dgn sebarang ancaman; menggulatkan ark menggolekkan; penggulatan 1. penggomolan; 2. ki perjuangan, perlawanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gulat | gusti. | Kamus Pelajar |
gulet | Jk ®gulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelut I | gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol; bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll); pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |