guna sama | dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guna sama | dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palit I | sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih); memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan; memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir; kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi; terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; palitan hasil memalit; berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba | 1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih | 1 perasaan sayang; cinta: ~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2 berasa sayang; berasa cinta: Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta: Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1 = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2 bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasih | 1. perasaan sayang; cinta:~nya terhadap gadis itu tidak berbalas. 2. berasa sayang; berasa cinta:Dia amat ~ akan anak itu. ~ sayang a. sayang; cinta. b. perasaan belas kasihan. berkasih-kasihan sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai:Kedua-duanya itu hidup ~. mengasihi menaruh kasih pd; menyayangi; mencinta:Dia ~ sahabatnya itu. kasihan 1. menaruh perasaan hiba atau belas:Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2. kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? mengasihani menaruh belas kasihan pd: Apa gunanya ~ orang yg tidak tahu membalas budi? kekasih orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. pengasih 1. = ilmu ~ sesuatu (spt jampi, guna-guna dll) yg dpt menimbulkan atau dpt mendatangkan rasa kasih. 2. bersifat belas kasihan; selalu berasa kasihan: Ibu yg ~ dan penyayang | Kamus Pelajar |
guna I | 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai); berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik; mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~; kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guna I | 1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
iring I | ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata); seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep “seni utk seni”; ~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri; beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~; beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan; mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan; iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan; pengiringan perihal mengiringi; pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faedah | (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |