pemusing | 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retorik | (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia menyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berskru | menggunakan atau mempunyai skru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertemakan | menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermain tangan | menggunakan ketangkasan tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyangga | benda yg digunakan utk menopang atau utk menahan sesuatu dr bawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhadis | mengucapkan atau menggunakan hadis sbg dalil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggesel | alat yg di gunakan utk menggesel: ~ karbon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersindiket | mempunyai (melibatkan, menggunakan, dsb) sindiket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempengaruhi | berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |