gundah-gulana | duka dan lesu, duka lara; menggundah-gulanakan menjadikan gundah-gulana, mendukalarakan: dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu; kegundah-gulanaan keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg melihat kuasa asing sbg penceroboh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gundah-gulana | tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gundah-gulana | sl sedih dan lesu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gundah | 1 perasaan sedih atau bimbang; dukacita: Badannya menjadi kurus kering kerana menyimpan ~ dlm hatinya. 2 berasa rindu: Alangkah ~nya kita akan Laksamana. ~-gulana tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. menggundahkan menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gundah | 1. perasaan sedih atau bimbang; dukacita: Badannya menjadi kurus kering kerana menyimpan ~ dlm hatinya. 2. berasa rindu: Alangkah ~nya kita akan Laksamana. ~-gulana tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. menggundahkan menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. | Kamus Pelajar |
gundah | 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana; bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati; menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu? kegundahan perihal gundah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan I | = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gulana | ; gundah-~ sl sedih dan lesu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegundahan | perihal gundah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggundahkan | menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |