guntur | bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guntur | bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh. | Kamus Pelajar |
guntur | guruh; harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh; mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemuntur | ®guntur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tagar I | (bunyi) guruh (guntur): maka sorak orang pun gemuruhlah spt ~ di langit bunyinya; bagai ~ di Pulau Sembilan prb percakapan yg terlalu tinggi lagi sombong;bertagar berbunyi spt guruh, gemuruh, berdegar-degar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengguntur | (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guruh | bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guruh | bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guruh | bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. | Kamus Pelajar |
mengamuk | 1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~ lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |