gunung | bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga balun | naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah I | 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaung II | lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaung II | lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. | Kamus Pelajar |
glasier | ist timbunan atau sungai air batu yg terjadi drpd salji di gunung-gunung dan bergerak perlahan-lahan. pengglasieran proses atau perihal glasier melitupi permukaan bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
glasier | ist sungai air batu yg terjadi drpd salji di gunung-gunung dan bergerak perlahan-lahan. | Kamus Pelajar |
gunung | kumpulan tanah tinggi berpuncak yg biasanya melebihi 1,000 kaki (± 303 meter); bukit besar: ~ Tahan; ~ Ledang. ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah). ~ berapit gunung yg terletak di antara dua gunung. ~-ganang, = ~-gemunung berbagai-bagai gunung; beberapa banyak gunung. ~ lipat gunung yg terjadi akibat lintap batu-batan berubah bentuk atau berlipat (dpt dikenal kerana lapisan batu-batan menjadi herot dan berombak-ombak). ~ payung ki orang (mis anak) yg disayangi. bergunung-gunung, = bergunung-ganang banyak gunungnya: kawasan yg ~. menggunung menjadi tinggi spt gunung. pergunungan tanah yg tinggi lagi banyak gunungnya; kelompok gunung; kawasan yg bergunung-gunung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigir gunung | punggung (belakang) gunung, bahagian gunung yg memanjang dr puncak ke puncak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merupakan | 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |