hadap | ; menghadap 1 menghala; mengarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. menghadapi 1 dlm kedudukan yg bertentangan dgn; menghala ke: Duduklah mereka ~ sebuah meja. Mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pokok kelapa. 2 bertemu muka dgn; bersemuka dgn (orang ramai, musuh dll): Dia berasa takut hendak ~ orang ramai. 3 menemui atau menempuh bahaya, kesukaran dll: ~ tuduhan membunuh; ~ persoalan yg rumit; ~ bahaya. 4 melawan atau menentang (lawan, musuh dsb): berlawan dgn: ~ musuh; ~ pasukan lawan. menghadapkan 1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. terhadap 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; mengenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. hadapan 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. berhadapan bertemu muka; bersemuka; bertentangan: Dia duduk ~ dgn saya. berhadap-hadapan saling bertemu muka (bertentangan dan berdekatan): Mereka ~ semasa membincangkan hal itu. penghadapan, = balai ~ tempat orang menghadap raja: Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak. di hadapan di bahagian hadapan. ke hadapan 1 ke depan; ke muka. 2 kepada (dlm surat kiriman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taksiran | 1 hasil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taksir I | ; menaksir 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn melihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. taksiran 1 hasil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. penaksiran perbuatan atau hal menaksir. penaksir orang yg menaksir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ha | ( a) 1. = ~ kecil = ~ pedas huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ha II | 1. sr kata utk mengejek atau menyedarkan orang yg mendapat akibat drpd perbuatan yg dilarang (diingatkan dll): ~, rasakan!; ~, itulah tak dengar kata orang! 2. sr kata utk menyatakan kepuasan atau kelegaan perasaan: ~, dapat juga akhirnya!; ~, itu pun dia datang! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ha I | 1. = ~ besar = ~ simpul huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima); 2. huruf ke-32 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghadapi | 1 dlm kedudukan yg bertentangan dgn; menghala ke: Duduklah mereka ~ sebuah meja. Mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pokok kelapa. 2 bertemu muka dgn; bersemuka dgn (orang ramai, musuh dll): Dia berasa takut hendak ~ orang ramai. 3 menemui atau menempuh bahaya, kesukaran dll: ~ tuduhan membunuh; ~ persoalan yg rumit; ~ bahaya. 4 melawan atau menentang (lawan, musuh dsb): berlawan dgn: ~ musuh; ~ pasukan lawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperhadapkan | 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemasukan | 1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siasat | 1 pemeriksaan yg teliti dan hati-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 segala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau telah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. penyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |