hab 1 | bahagian tengah sesuatu roda tempat jejari bercabang atau tempat gandar dipasang. 2 pusat bagi sesuatu aktiviti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hab | (Kej) bahagian tengah sesuatu roda dll tempat gandar dipasangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hab | bahagian tengah sesuatu roda tempat jejari bercabang atau tempat gandar dipasang. | Kamus Pelajar |
naf | IB, bp bahagian roda yg di tengah-tengah, pusat roda, hab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek cakera | sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek piring | sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
torpedo | (torpédo) 1. senjata gerak sendiri ber-bentuk silinder yg membawa bahan letupan yg dilancarkan dalam air dr kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya; 2. = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapkan dgn torpedo; 3. Id, bp bahagian tengah roda basikal (hab) yg dapat memberhentikan basikal; mentorpedokan menembak dgn torpedo. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek | alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |