kalor | Id haba; ~ jenis perbandingan haba; ~ lebur haba yg dapat meleburkan sesuatu logam dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muatan | barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalori | 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg tertentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haba | 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haba penghabluran | haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haba pengewapan | haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haba pemejalwapan | haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haba pendam | ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haba pelakuran | ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haba pendam | (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |