habuk | benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhabuk | ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habuk papan | serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
habuk | benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. | Kamus Pelajar |
penutup habuk(dust cover) | Penutup yang digunakan untuk melindungi perkakasan komputer daripada habuk atau debu. | Kamus Komputer |
habuk | benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji; berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing); kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung cakera(disk cover) | 1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. | Kamus Komputer |
serbuk | benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debu | habuk yg halus drpd tanah dll; abu; lebu: ~ yg berterbangan itu masuk ke dlm matanya. berdebu ada debunya; dipenuhi debu; berhabuk: Jalan yg belum bertar itu masih ~ lagi. mendebu 1 seakan-akan debu; sbg debu (halus sekali). 2 menaburkan atau menyemburkan debu: Kapal terbang juga digunakan utk menyembur dan ~. mendebui menyapu atau menaburkan debu pd; menyelaputi sesuatu dgn debu: Penyakit kulat dpt dikawal dgn ~ daun dgn serbuk sulfur. pendebu ubat atau bahan dlm bentuk debu (utk mencegah penyakit dll): Serbuk sulfur dpt digunakan sbg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celak | habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata): ~ mata; pensel ~ sj pensel utk mewarnai kening dan keliling mata; bercelak memakai celak; mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |