hadir | ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan, mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pula | 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tambahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hanya | 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hanya | 1. tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2. melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. | Kamus Pelajar |
kehadiran | perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
absen | bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll); mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll): guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadir | ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hadir | ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. | Kamus Pelajar |
proksi | 1. kuasa yg diberi kpd seseorang utk bertindak bagi pihak atau mewakili orang berkenaan yg tidak hadir, mis dlm sesuatu pengundian: mengundi secara ~; 2. orang yg diberi kuasa utk bertindak bagi pihak orang lain yg tidak hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sidang I | 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ mesyuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg bersembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pembaca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyuarat yg diadakan secara tergempar (utk menyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg membolehkan dua individu atau lebih dr tempat yg berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu utk berunding, bermesyuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |