hai | 1 kata seru utk menegur, menarik perhatian dll: ~! Apa khabar? 2 kata seru utk melahirkan sesuatu perasaan atau keluhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hai | 1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian Mukmin, taatlah kamu kpd Allah; 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan): ~, malangnya nasib diri; kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita; 3. sr kata utk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hai | 1. kata seru utk menegur, menarik perhatian dll: ~! Apa khabar? 2. kata seru utk melahirkan sesuatu perasaan atau keluhan. | Kamus Pelajar |
al-Hai | Ar Yang Maha Hidup (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hei | (héi) hai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spesimen | /spésimen/ tumbuhan, haiwan, bahan galian dsb yg dijadikan contoh utk mewakili spesiesnya atau jenisnya, yg digunakan dlm kajian sains atau utk tujuan pameran; sampel: Bilik pameran itu dipenuhi ~ organ badan manusia dan gambar-gambar penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terayap-rayap | sedang merayap: Hai kura-kura! Hendak ke mana ~ ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
testis | /téstis/ ist organ pembiakan haiwan jantan yg menghasilkan sperma. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nati | si bodoh, si tolol: hai ~, akulah raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkat | 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |