halai- balai | 1 kacau-bilau; tidak ketahuan; kusut. 2 tidak dijaga dgn baik; terbiar; terlantar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halai | ; ~-balai 1 kacau-bilau; tidak ketahuan; kusut. 2 tidak dijaga dgn baik; terbiar; terlantar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halai-balai | 1. kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); 2. tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar; menghalai-balaikan 1. mengacaukan, mengusutkan; 2. mengabaikan, melalaikan, mensia-siakan: hanya saya berharap supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halai | ~ -balai 1. kacau-bilau; tidak ketahuan; kusut. 2. tidak dijaga dgn baik; terbiar; terlantar. | Kamus Pelajar |
alai-balai; | ® halai-balai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alai II | ; ~-balai; ® halai-balai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecah-becah | kacau-bilau, halai-balai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecah | (kécah); ~-becah kacau-bilau, halai-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan; mengecahkan menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |