halang | ; menghalang 1 menahan sesuatu supaya tidak dpt bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh bangunan itu. halangan 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halang masuk(lockout) | 1. Peredaman sampukan luar pada sistem. 2. Teknik dalam pengaturcaraan sistem berbilang proses yang menghalang sumber genting dicapai oleh proses lain apabila salah satu proses sedang menggunakannya. | Kamus Komputer |
halang | menghalang 1. menahan sesuatu supaya tidak dpt bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2. tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang:maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3. menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1. tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2. tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh bangunan itu. halangan 1. batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2. aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. | Kamus Pelajar |
halang | ; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan; menghalangkan meletakkan sesuatu melintang; terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; halangan 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambat II | ; menghambat menahan, menghalang, menyekat, merintangi: pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah; terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yg tebal; hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll); penghambatan perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan, perintangan; penghambat sesuatu yg menghambat, penghalang, perintang, penyekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cegah | tegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menenggat | mengganggu, meng-halang (pekerjaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghambat | menahan, menghalang, menyekat, merintangi: pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggat II | menenggat mengganggu, meng-halang (pekerjaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghambat | sesuatu yg menghambat, penghalang, perintang, penyekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |