Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ngan] | هالڠن

Definisi : 1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalan­kan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ngan] | هالڠن

Definisi : 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sengketa(sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, per­telagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hambatan1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
membantutkanmenyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka? rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
membantutmenyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka? rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
halangan1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halangan1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalan­kan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
halangan1. batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2. aral; gangguan; rintangan.Kamus Pelajar
gendalahalangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang­halangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aralAr halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan datang; ~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang; mengaralkan menyebabkan ada aral, me­rintangi, menggendalakan: ~ sesuatu maksud.Kamus Dewan Edisi Keempat
bantut Iterhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dll), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dsb);membantut, membantutkan menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka?; rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;terbantut terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas