Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-kata­nya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. meng­haluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Melekatkan kersik ke buluh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerimis1 tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2 = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawar IIdaging atau ikan yg disiat (dihiris) halus-halus; melawar menyiat (menghiris) daging atau ikan halus-halus.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerimis1. tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2. = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus.Kamus Pelajar
cencang Itetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambai II1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg ha­lus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa jenis pokok; rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu panjang-panjang (ayam dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
fros(Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku; berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
rincik1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang utk belanja per­kara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~ daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul; merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibun(Geog) keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, fros; ~ abadi tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg terdapat di kawasan kutub; ~ beku hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, fros.Kamus Dewan Edisi Keempat
renikhalus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga) yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya; merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
halus-halusdgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas