gerimis | 1 tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2 = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawar II | daging atau ikan yg disiat (dihiris) halus-halus; melawar menyiat (menghiris) daging atau ikan halus-halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerimis | 1. tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2. = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus. | Kamus Pelajar |
cencang I | tetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambai II | 1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg halus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa jenis pokok; rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu panjang-panjang (ayam dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fros | (Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku; berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rincik | 1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang utk belanja perkara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~ daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul; merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibun | (Geog) keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, fros; ~ abadi tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg terdapat di kawasan kutub; ~ beku hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, fros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halus-halus | dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuwir | mengoyak halus-halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |