hampar | ; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatannya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permaidani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hampar | ; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar; menghampar 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih; menghamparkan 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar); terhampar 1. terbentang, terbuka luas: tanah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg menguning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; sehamparan satu hamparan: orang Sepanyol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak memugut pajak dan ufti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Hampar | menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatannya. menghamparkan 1. membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2. menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1. terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permaidani yg indah. 2. bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1. sesuatu (spt permaidani, tikar dll) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2. sesuatu yg terbentang luas (spt sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar |
batu hampar | batu besar yg rata lagi lebar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu hampar | batu yg lebar dan rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruap (dan) hampar | ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruap (dan) sampah | = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cegar | aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cegar | aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). | Kamus Pelajar |
ruap | Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |