likat | hampir keras (bkn cecair dsb); pekat: Kacau kanji itu hingga ~. melikatkan menjadikan likat; memekatkan: Ayu ~ kuah itu dgn membiarkannya lama di atas api. kelikatan keadaan likat; kepekatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garing | 1 agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2 keras dan telah dimasak lebih lama drpd yg sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garing | 1. agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama drpd yg sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Kamus Pelajar |
kental | 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regang | tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuku I | 1. selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hujung kaki binatang (ada yg besar dan ada yg panjang dan tajam): menggaru dgn ~; ~ kuda; ~ kucing; bunga ~ bahagian pangkal kuku yg keputih-putihan; daging (isi) ~ bahagian tengah kuku yg melekat pd isi jari; sehujung ~ ki sangat sedikit; 2. bermacam-macam alat atau bahagian alat yg rupanya atau gunanya sama spt kuku manusia atau kuku binatang; ~ bajang hujung bajang; ~ besi ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); ~ betul bahagian kuku yg melekat pd hujung kulit; ~ kambing a) kuku pd hujung kaki kambing; b) sj alat utk menanam anak padi (di tanah lembut); ~ sauh pengait (cangkuk) pd sauh; bagai ~ dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai); (harimau) memperlihatkan ~nya prb (seseorang) menunjukkan kuasanya; kalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya; sekuku = ~ hitam sangat sedikit, sehujung kuku: dirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun; berkuku 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekat | 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekat | 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. | Kamus Pelajar |
pekik | 1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |