hana | Mn kosong (tidak didiami orang), luas dan sepi (hutan dll); lapang ~ luas; rimba ~ rimba raya (belantara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimba hana | rimba raya (belantara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapang hana | luas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyederhanaan | perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesederhanaan | hal atau keadaan sederhana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alang I | 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, sederhana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; saudara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau; alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; ~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. penyederhanaan perbuatan atau hal menyederhanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sederhana | 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |