hanyut hatinya | merasa rawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hanyut(drift) | Berubah secara perlahan daripada hasil output yang seharusnya. | Kamus Komputer |
hanyut | 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang hanyut | a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larat I | 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghanyutkan | 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dampar | ; mendampar hanyut mengalir dgn kuat atau menghempas: Ombak ~ ke pantai. mendamparkan menghempaskan atau mencampakkan ke pantai. terdampar hanyut dan terhempas atau terkandas (di pantai): Kapal itu telah ~ di pantai sewaktu hujan ribut tadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hanyut | 1. dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2. pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3. ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1. membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2. ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar |
kapar I | kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menaburnaburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghanyutkan | 1. membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2. ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. | Kamus Pelajar |