buku kira-kira harian | buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harian | 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harian | setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. | Kamus Pelajar |
buku harian | a) buku catatan kira-kira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diari | buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurnal | 1. terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warta harian | surat khabar yg diterbitkan setiap hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sehari-harian | sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buku harian | buku utk mencatat hal sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengurus harian | pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |