warisan | harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta pusaka | barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harta pusaka | harta warisan (harta peninggalan si mati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patrimoni | (Ant) harta pusaka yg diwarisi drpd bapa atau nenek moyang sebelah bapa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewariskan | 1 meninggalkan harta pusaka kpd. 2 menjadikan seseorang sbg waris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mewarisi | 1 menerima harta pusaka; memusakai: Ia ~ dua ekar tanah sawah ibunya. 2 ki menerima apa-apa yg ditinggalkan oleh orang yg terdahulu: Malaysia masih ~ sistem pentadbiran Inggeris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mewarisi | 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggalÂkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepala mayat | Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum Faraid | peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waris | 1 meninggalkan harta pusaka kpd. | Kamus Pelajar |