hasut-menghasut | saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasut | ; menghasut 1. menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi (-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing); hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah; terhasut sakit hati atau marah kerana di-hasut: PM menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik; hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika; penghasutan perihal menghasut; penghasut orang yg menghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lidah panjang | orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasut | ; menghasut membangkitkan kemarahan, kebencian seseorang terhadap orang lain: Dialah yg ~ saya supaya bergaduh dgn Amat. hasutan kata-kata, perbuatan dsb yg bertujuan utk menghasut: Demi mendengar ~ itu, dia terus bertindak tanpa berfikir panjang. penghasutan perbuatan atau hal menghasut. penghasut orang yg menghasut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hasut | menghasut membangkitkan kemarahan, kebencian seseorang terhadap orang lain: Dialah yg ~ saya supaya bergaduh dgn Amat. hasutan kata-kata, perbuatan dsb yg bertujuan utk menghasut: Demi mendengar ~ itu, dia terus bertindak tanpa berfikir panjang. penghasutan perbuatan atau hal menghasut. penghasut orang yg menghasut. | Kamus Pelajar |
lidah I | 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu menjelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluarkan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubahubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkutsangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pendiriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |