Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ya.ti] | حياتي

Definisi : Ar mengenai hayat (hidup). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hayati


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hayatiAr mengenai hayat (hidup).Kamus Dewan Edisi Keempat
rungutan1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
kiraanpertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (per­hitungan);Kamus Dewan Edisi Keempat
sembarangapa (asal, siapa, dll) sahaja, se-barang, asal sahaja: Hayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang; sembarangan dgn begitu sahaja, tidak me-nentu, tidak dgn usul periksa, tidak memilih: abang tidak patut menuduh ~ spt itu; buku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya; menyembarangi melakukan dgn sem­barang-an (tidak dgn usul periksa, ikut suka, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejukan1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berdidihark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat);Kamus Dewan Edisi Keempat
mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat);Kamus Dewan Edisi Keempat
didih; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses men­di­dih(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
tersembur1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa;Kamus Dewan Edisi Keempat
tentang1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas