hebah | (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hebah | /hébah/; menghebahkan 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hebah | /hébah/; menghebahkan 1. memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2. menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). | Kamus Pelajar |
melautkan | ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghebahan | perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendengungkan | 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering ~ keburukan yg berlaku dlm negeri kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengung | bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg dipalu, dll); berdengung, berdengung-dengung, mendengung berbunyi (bersuara) bergema: motokar meluncur berdengung-dengung; mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering ~ keburukan yg berlaku dlm negeri kita; dengungan 1. bunyi yg berdengung (mendengung), dengung: ~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kpd kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |