hektar | (héktar) ukuran luas (tanah dll) yg bersamaan dgn 10 000 m2 (2.471 ekar); berhektar-hektar beberapa banyak hektar: dia mewarisi ~ kebun getah peninggalan orang tuanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hektar | /héktar/ ukuran luas yg besarnya 2.471 ekar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hektar | /héktar/ ukuran luas yg besarnya 2.471 ekar. | Kamus Pelajar |
berhektar-hektar | beberapa banyak hektar: dia mewarisi ~ kebun getah peninggalan orang tuanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun kecil | kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekar | /ékar/ ukuran luas yg besarnya 0.4047 hektar persegi atau bersamaan dgn 4840 ela persegi: 640 ~ sama dgn satu batu persegi atau 259 hektar persegi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekar | /ékar/ ukuran luas yg besarnya 0.4047 hektar persegi atau bersamaan dgn 4840 ela persegi: 640 ~ sama dgn satu batu persegi atau 259 hektar persegi. | Kamus Pelajar |
geran | surat hak milik tanah; ~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; ~ putih geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukatan | 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawasan | 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombolan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling lingkungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |