hela | /héla/; menghela menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adiknya dan ~nya ke luar kamar. ~ nafas menarik nafas; menyedut udara. helaan 1 hal atau hasil menghela (menarik); tarikan. 2 sesuatu yg dihela; tarikan: ~nya begitu berat sehingga hampir habis tenaga yg digunakannya. penghela 1 orang yg menghela; penarik. 2 alat utk menghela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hela | /héla/; menghela menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adiknya dan ~nya ke luar kamar. ~ nafas menarik nafas; menyedut udara. helaan 1. hal atau hasil menghela (menarik); tarikan. 2. sesuatu yg dihela; tarikan: ~nya begitu berat sehingga hampir habis tenaga yg digunakannya. penghela 1. orang yg menghela; penarik. 2. alat utk menghela. | Kamus Pelajar |
hela II | (héla) sl; menghelakan menghalakan; ® hala I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hela I | (héla); menghela 1. menarik, mengheret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit; menghelakan menarik, mengheret: kerana terlampau marah Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dgn menarik tangannya; helaan tarikan; penghela penarik: kuda ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur II | ganjur, hela, tarik; menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kembali, memundurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjur II | Mn tarik, hela, mundur; berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur; mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntun | 1 memegang tangan seseorang utk menolongnya berjalan; memimpin. 2 mengheret basikal, kerbau dll; menghela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuntun | ; bertuntun dipegang tangannya ketika berjalan; berpimpin. menuntun 1 memegang tangan seseorang utk menolongnya berjalan; memimpin. 2 mengheret basikal, kerbau dll; menghela. tuntunan 1 hasil perbuatan menuntun; pimpinan; helaan. 2 ki ajaran; bimbingan. penuntun orang yg menuntun; pemimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembu I | sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |