Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemat-hemat

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
saksama1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.Kamus Dewan Edisi Keempat
hemat(hémat) 1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berawas-awas, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pe­mandunya kurang ~; 3. pemerhatian, peng­amatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat cermat, kalau boros pasti akan berhutang; berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; menghemat, menghematkan menjimat­kan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang; terhemat; tidak ~ tidak terkira; hematan perhitungan, perkiraan; kehematan perihal (sifat) hemat; penghematan perihal atau perbuatan meng­hemat.Kamus Dewan Edisi Keempat
hemat/hémat/ 1 tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2 dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hemat/hémat/ 1. tidak boros dlm hal membelanjakan wang; cermat; jimat: Kalau ingin kaya, kita mesti ~ membelanjakan wang. 2. dgn penuh perhatian; dgn hati-hati; dgn teliti (dlm hal membuat kerja dll): Dia itu bekerja ~ sekali. Oleh sebab kurang ~nya, dia mempercayai semua kata orang tanpa memikirkan buruk baiknya. berhemat 1. berdikit-dikit (membelanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2. berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. menghematkan mengawasi (perbelanjaan dll) supaya tidak berlebih-lebihan; menjimatkan: Dia sentiasa ~ wang perbelanjaannya.Kamus Pelajar
boros1 terbuka atau terurai (ttg tali yg diikatkan); lepas: Tali gasingnya ~. 2 suka membelanjakan wang secara berlebih-lebihan; tidak hemat: Orang yg ~ tidak akan menjadi kaya. memboroskan menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. pemboros orang yg boros atau tidak hemat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jimatI 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampai hematberasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sampai hati= ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kikir IIterlalu hemat atau terlalu berkira-kira membelanjakan sesuatu; kedekut; bakhil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjimat cermatberhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll)Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas